Penyertaan PI Bogag dalam Program Hari Terbuka PI Krokong
8 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2018, pihak Pusat Internet (PI) Bogag telah menyertai Program Hari Terbuka Pusat Internet Krokong yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kg. Krokong dan PI Krokong bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang.
Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet Krokong kepada komuniti dan masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan ICT dan Keusahawanan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah, Pendaftaran Ahli Baru PI Krokong secara percuma. Selain itu, Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi E-Sisa Mudah Alih (Mobile E-Waste) yang bertujuan untuk mendidik para peserta tentang panduan keselamatan ketika melayari internet serta cara melupuskan peranti mudah alih yang rosak atau tidak digunakan lagi secara berhemah. Selepas taklimat tersebut, permainan KDB “Action Kamen” serta kuiz berkaitan KDB dan Advokasi E-Sisa Mudah Alih diadakan secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menguji pemahaman para peserta.
Disamping itu, Kursus Keusahawanan seperti membuat “clutch bag’’ dan kelas kecantikan (Swissderm) turut diadakan bagi ahli-ahli persatuan ibu tunggal dari Kg. Krokong dengan tujuan untuk memberikan idea perniagaan kepada mereka yang berminat untuk berniaga.
Laman web Sarawak Produk iaitu www.produksarawak.com turut diperkenalkan kepada para usahawan yang hadir pada hari tersebut. Sarawak Produk adalah e-dagang perintis bagi SME tempatan Sarawak. Ia menawarkan platform membeli-belah dalam talian yang selamat dan mudah dengan pelbagai koleksi produk jenama tempatan Sarawak dari fesyen, makanan, produk kecantikan dan lain-lain.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Internet Bogag kerana telah menjemput kami pihak Pusat Internet Bogag bagi sama-sama menjayakan Program Hari Terbuka PI Krokong 2018.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: